Berita

‘Nenek comel’ dapat perhatian Abd Latif

GEMENCHEH: Nasib seorang warga emas yang tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah akibat masalah keluarga, mendapat perhatian Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

Abd Latif menghulurkan sumbangan kewangan, bantal, tilam dan bakul makanan kepada warga emas tersebut yang hanya dikenali sebagai ‘Nenek Comel’.

“Berikutan aduan daripada Pengerusi MPKK Kampung Gedok, Puan Aishah saya telah menziarahi dan menghulurkan bantuan sewajarnya.

“Saya akan memanjangkan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk langkah susulan berikutan kebimbangan keselamatan Nenek Comel ini,” kata Abd Latif.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Gedok , Puan Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button