Menarik
500 keluarga terima sumbangan Tahun Baru Cina di Linggi
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada masyarakat Tionghua di Tokong Pasir Panjang dan Dewan Pengkalan Kempas sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
“Seramai 162 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan tersebut dan selebihnya akan diserahkan secara berperingkat.
“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha menceriakan sambutan Tahun Baru Cina dalam suasana norma baharu,” ujar Rusli.