Berita
Nicole siap sedia hadapi PRN
BUKIT KEPAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Nicole berkata, persedian awal perlu dilakukan kerana terdapat kemungkinan Negeri Sembilan akan membubarkan DUN pada Jun.
“Saya turut menekankan supaya kita tidak memandang rendah terhadap kekuatan Perikatan Nasional pada PRN ini walaupun Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan bergabung.
“Formula terbaik adalah penyandang hanya bertanding di kawasan masing-masing sahaja,” kata Nicole.