BeritaMenarikProgram

Siak hargai kenaikan elaun daripada RM200 kepada RM450

Aminuddin bantu selesaikan masalah di masjid

RAMADHAN: Encik Al-Sallam Mohd Noor, 40, yang bertugas sebagai Siak di Masjid Paroi Jaya mengatakan bahawa kenaikkan elaun menerusi Bajet 2019 Negeri Sembilan merupakan satu penghargaan kepada Siak.

“Saya sangat bersyukur di atas kenaikan elaun daripada RM200 kepada RM450 sebulan, iaitu kenaikan RM250 sebulan.

“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Beliau (Aminuddin) rajin hadir ke Masjid Paroi Jaya dan banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pihak masjid.

“Sebagai contoh, sebelum ini kawasan parkir mudah dinaiki air apabila hujan, beliau sendiri yang melihat keadaan itu dan terus berjumpa dengan pihak pengurusan masjid bagi membaiki longkang tersebut.

“Banyak bantuan yang diberikan oleh beliau dan saya amat menghargainya,” kata Al-Sallam.

Ahmad Aizuddin, 31, yang bertugas sebagai Siak di Masjid Ulu Beranang turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Aminuddin di atas kenaikan elaun siak daripada RM200 kepada RM450 sebulan.

Show More

Related Articles

Back to top button