Nicole Tan sumbang RM1,000 kepada Persatuan Buddha Seremban
BUKIT KEPAYANG: EXCO Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon telah menghadiri sambutan Hari Wesak yang dianjurkan oleh Persatuan Penganut Agama Buddha Sudhamma Seremban di Sudhamma Centre, Oakland.
Nicole Tan berkata, Hari Wesak merupakan salah satu sambutan yang paling penting dalam kalendar Penganut Buddha kerana ia memperingati tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gautama Buddha – hari lahirnya, kehidupan semula dan kematiannya.
“Saya terpanggil untuk meluahkan perasaan kesyukuran saya di atas keberkatan Tuhan.
“Walaupun kami melalui banyak liku-liku kehidupan, kami harus membina kekuatan iman masing-masing,” katanya.
Nicole Tan turut memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Persatuan Penganut Agama Buddha Sudhamma Seremban untuk Sambutan Hari Wesak.
“Sebagai wakil rakyat untuk semua rakyat DUN Bukit Kepayang tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, saya menyeru orang ramai untuk sama-sama meraikan sambutan yang diiktiraf sebagai cuti umum dalam semangat kebersamaan,” ujar Nicole Tan yang juga ADUN Bukit Kepayang.