Berita

Nismilan Showcase promosi produk dan usahawan Negeri Sembilan

NILAI: Program Nismilan Showcase 2021 di AEON Mall, Nilai adalah salah satu usaha untuk mempromosi produk serta mengetengahkan usahawan Negeri Sembilan kepada masyarakat sekitar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kerjasama yang dijalankan Kerajaan Negeri bersama AEON Mall, Nilai membolehkan usahawan mempamer dan mempromosi produk di ruang legar utama pusat membeli belah tersebut.

“Program ini membolehkan usahawan memperkemaskan semula strategi jualan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Selain menyediakan ruang atau platform kepada usahawan menjana pendapatan melalui jualan terus dan online.

“Program ini juga membuka ruang kepada usahawan memasarkan produk di pasaran yang lebih besar dan baharu iaitu hypermarket,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Nismilan Showcase 2021 di AEON Mall, Nilai pada Ahad.

Turut hadir Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek.

Nismilan Showcase 2021 di AEON Mall, Nilai berlangsung selama dua belas hari bermula dari 24 November hingga 5 Disember ini melibatkan seramai 20 pempamer.

Show More

Related Articles

Back to top button