Berita

Pesta Bola Ngoca promosi sukan tradisional kepada generasi baru

NILAI: Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Pilah akan menganjurkan Pesta Bola Ngoca 2021 pada 11 dan 12 Disember ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program akan berlangsung di Tapak Ngoca, Kampung Budaya Terachi, Kuala Pilah melibatkan beberapa aktiviti sukan dan riadah tradisi Negeri Sembilan seperti Pertandingan Bola Sepak Sawah, Pertandingan Mengoca, Pertandingan Panjat Tiang Licin dan Pertandingan Tangkap Itik.

“Aktiviti ini dianjurkan bagi memartabatkan semula acara tradisional kepada generasi baru seterusnya memperkenalkannya kepada pelancong dalam dan luar negara.

“Ia juga memberi kesedaran tentang semangat kepentingan bekerjasama secara berpasukan dan memupuk semangat kesukanan di samping mengeratkan perpaduan dan hubungan di antara peserta, pemimpin dan masyarakat setempat,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Pesta Bola Ngoca 2021 di AEON Mall, Nilai pada Ahad.

Show More

Related Articles

Back to top button