Berita

BAJET 2022: Insentif Galakan Nelayan sehingga RM15,000

Kerajaan Negeri memperuntukkan dana sebanyak RM0.5 juta

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan satu lagi inisiatif baharu iaitu Insentif Galakan Nelayan (INGEN) bagi membantu golongan nelayan.

“Insentif Galakan Nelayan atau INGEN diperkenalkan bagi membantu nelayan membeli kelengkapan, alatan dan baik pulih bot dengan geran bantuan antara RM5,000 ribu hingga RM15,000 ribu seorang; tertakluk kepada kelayakan dan pengesahan yang akan dibuat oleh agensi kerajaan yang berkenaan.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan dana sebanyak RM500,000 dalam Belanjawan 2022 bagi insentif ini.

“Selain daripada petani, Kerajaan Negeri turut prihatin terhadap nasib nelayan pesisir pantai di Port Dickson yang turut terjejas.

“Sungguhpun terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri tetap prihatin dan peka dengan penderitaan yang dialami oleh nelayan pantai ini dalam meneruskan kelangsungan hidup,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button