Berita

Waris ‘kehilangan’ ahli keluarga akibat Covid-19 terima sumbangan kewangan

BAGAN PINANG: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menyediakan peruntukan berjumlah RM10 juta bagi membantu rakyat negeri ini yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman berkata, Kerajaan Negeri juga menyediakan sumbangan khairat kematian RM1,000 bagi meringankan beban waris yang ‘kehilangan’ ahli keluarganya akibat Covid-19.

“Saya telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada waris Allahyarhamah Noriah Talib (Kampung Bagan Pinang) dan waris Allahyarham Abd Hanim Razali (Kampung Telok Kemang).

“Turut menerima sumbangan balu kepada Allahyarham Yasin Baharum (Kampung Telok Kemang) dan balu kepada Allahyarham Azahar Abas (Kampung Telok Kemang).

“Saya mengucapkan salam takziah kepada keluarga mereka. Semoga arwah-arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Inshah Allah,” kata Nasir.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Bagan Pinang, Encik Sharif Yusuf dan Pengerusi MPKK Telok Kemang, Encik Zulkeifli Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button