KUALA PILAH: Calon Pakatan Harapan Kuala Pilah, Nor Azman Mohamad menyeru agar pengundi di Kuala Pilah keluar mengundi Pakatan Harapan.
“Hal ini demikian kerana, kita telah dipaksa oleh Barisan Nasional untuk mengundi pada musim tengkujuh ini walaupun sudah diberi nasihat.
“Ini disebabkan mereka tidak mempedulikan keadaan rakyat yang mahu bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh ini.
“Oleh itu, saya memohon agar rakyat di Kuala Pilah ini keluar beramai-ramai mengundi Pakatan Harapan untuk menolak Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
“Tambahan pula, Pakatan Harapan akan membawa mandat yang baru untuk dibawa dan membuktikan kemampuan apabila berjaya menawan Putrajaya,” kata Nor Azman.