Berita

Palong: Rebin lancar ‘Kaunter Aduan Rakyat Bergerak’

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham melancarkan ‘Kaunter Aduan Rakyat Bergerak’ di Tapak Pasar Tani Felda Palong 4, 5 & 6, dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat tampil ke hadapan untuk mengadu permasalahan.

Rebin berkata, idea ‘Kaunter Aduan Rakyat Bergerak’ ini timbul selepas menyedari masyarakat di DUN Palong, masih ramai yang tidak mengetahui lokasi Pejabat Penyelaras DUN Palong.

“Saya berharap dengan memperkenalkan ‘Kaunter Aduan Rakyat Bergerak’ ini, akan memudahkan penduduk setempat di DUN Palong untuk membuat sebarang aduan yang berkaitan.

Kaunter Aduan Rakyat Bergerak ini akan bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di DUN Palong mengikut keperluan semasa.

“Maka ini akan dapat memudahkan mereka yang tinggal di luar Felda Palong 4, 5 & 6 untuk membuat aduan,” jelas Rebin.

Rebin berkata, sambutan dari orang ramai sungguh menggalakkan dan ramai yang mengambil peluang menyatakan permasalahan mereka.

Untuk rekod Pejabat Penyelaras DUN Palong terletak di Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6.

Show More

Related Articles

Back to top button