BeritaProgram

Pandemik mendidik kita agar lebih prihatin dengan kesusahan orang lain,” Aminuddin

Tahun ini merupakan tahun kedua kita menyambut Maal Hijrah dalam suasana pandemik Covid-19. Kita yakin disebalik takdir kesusahan dan keperitan Covid-19 ini, tetap ada hikmah yang banyak yang memberi kesan kepada jiwa kita semua.

Allah telah mendidik dan banyak perkara yang kita dapat belajar disebalik pandemik ini. Kita yakin disebalik pandemik ini juga terdapat rahmat Allah yang luas.

Pandemik ini juga telah mendidik hati kita semua agar lebih prihatin dengan kesusahan orang lain.

Selain pelbagai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang melebihi RM60 juta sepanjang pandemik ini, kita dapat lihat banyak masjid telah menyediakan gerobok makanan dan banyak NGO yang menjalankan usaha membantu kepada mereka yang memerlukan.

Apa pun cabaran yang mendatang, ayuh kita sama-sama memaknai hijrah dengan meningkatkan keazaman dan cita-cita untuk terus melakukan perubahan dalam diri.

Tingkatkanlah ilmu, iman dan taqwa serta hayatilah nilai-nilai mulia yang bersumberkan asma’ulhusna agar kita dapat menzahirkan umat yang kuat dan berkualiti di negeri yang bertuah ini. Insyah Allah.

Salam Maal Hijrah 1443H.

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,
Menteri Besar Negeri Sembilan,
ADUN Sikamat,
Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KeADILan Negeri Sembilan.

10 Ogos 2021

Show More

Related Articles

Back to top button