Berita

Para huffaz disaran dekati masyarakat: AMINUDDIN

SEREMBAN: Para huffaz disaran turun ke lapangan dan bertemu masyarakat agar pemahaman mereka terhadap ayat-ayat Al-Quran dapat dikukuhkan dengan realiti semasa masyarakat setempat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, para huffaz perlu memahami keadaan yang dialami masyarakat sebelum menggunakan dalil Al-Quran untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Jika tersalah guna, pasti akan mendatangkan salah faham dan fitnah terhadap Islam dan menimbulkan kemarahan umat Islam.

“Cara berfikir seorang penghafal Al-Quran perlulah meluas sebagaimana luasnya ajaran Islam melalui Al-Quran. Dengan memahami ayat-ayat Al-Quran dan didedahkan dengan keadaan semasa masyarakat dapat membantu para huffaz untuk berfikiran luas.

“Bukan itu sahaja, akhlak yang perlu ditampilkan oleh seorang penghafal Al-Quran perlulah selari degan ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran.

“Begitu besar sekali tanggungjawab seorang hafiz dan hafizah. Maka, para huffaz hendaklah berusaha untuk banyakkan bermuhasabah supaya mereka sedar akan tanggungjawab mereka dan memeriksa pemahamam mereka terhadap ayat-ayat Al-Quran yang dihafal oleh mereka,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, Majlis Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz Al-Quran dan Hari Anugerah Kecemerlangan Kali yang ke 11, Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) di Klana Resort.

Show More

Related Articles

Back to top button