Berita

PAWE jadi pusat rekreasi sosial pada warga emas

SEREMBAN: Kerajaan Negeri melalui kolaborasi strategik antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, PAWE dapat membantu bagi menyelaraskan kegiatan harian warga emas di setiap kawasan parlimen.

“PAWE juga telah mempunyai ahli seramai 1,476 warga emas sehingga Disember tahun lalu.

“Ia juga bertujuan menjadi pusat rekreasi sosial yang memberi sokongan kepada warga emas yang tinggal berdekatan.

“Dalam masa sama, PAWE dapat menggalakkan warga emas terlibat kegiatan luar dan mendapat interaksi masyarakat sekeliling selain mengurangkan aktiviti tidak aktif bagi mengekalkan kemampuan fizikal,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button