SEREMBAN: Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, pelaburan di negeri ini mampu meningkat sehingga RM31 billion.
“Usaha kami bagi meningkatkan pelaburan di negeri ini adalah bagi membuka peluang pekerjaan yang berkualiti.
“Dalam masa sama dapat memberi peluang perniagaan yang baik kepada masyarakat di Negeri Sembilan.
“Apabila pendapatan dan pelaburan meningkat, ia mampu memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat di negeri ini,” kata Mohamad Rafie.