Berita

Pelajar cemerlang STPM terima sumbangan kewangan dari Arul

SEREMBAN: Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut dilakukan di Majlis Malam Irama yang dianjurkan oleh Persatuan Tamiliar Sangam Seremban.

“Persatuan Tamiliar Sangam Seremban telah wujud sejak tahun 1930.

“Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pendidikan, sukan, kebudayaan dan kesenian di Seremban.

“Saya berharap agar usaha yang baik ini diteruskan lagi pada masa akan datang,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button