Pelajar sekolah dan warga emas disantuni Mustapha

SERTING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Angkat Serting, Dato’ Mustapha Nagoor telah menyampaikan bantuan kewangan kepada golongan pelajar dan warga emas di DUN Serting.
“Seramai 80 orang penerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) telah menerima sumbangan bagi membantu persiapan persekolahan, manakala 70 orang warga emas turut menerima sumbangan sebagai tanda kasih sayang dan memastikan kebajikan mereka terus terbela,” kata Mustapha.
“Turut disampaikan inisiatif belia berkahwin dan juga sumbangan dana dari peruntukan Pejabat Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
“Keseluruhan bantuan yang disampaikan bagi inisiatif ini melibatkan jumlah sebanyak RM82,000.
“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan kepada para penerima.
“Bantuan ini juga sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan yang memerlukan,” jelas Mustapha.




