Berita

Peluang perniagaan kepada 66 penjaja kecil di Rembau

KOTA: Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan peluang perniagaan secara bersepadu kepada 66 penjaja kecil di Daerah Rembau.

Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim berkata, penjaja yang berniaga di bahu jalan sebelum ini, kini disatukan di empat lokasi yang lebih tersusun.

“Majlis Daerah Rembau telah menyediakan 28 tapak penjaja di Rembau Sentral, 16 kiosk penjaja di Pekan Rembau, 10 kiosk penjaja di Pekan Kota dan 12 kiosk penjaja di Taman Chembong Utama.

“Majlis Daerah Rembau juga memberikan kelonggaran kepada penjaja di bawah tapak perniagaan ini untuk memohon lesen perniagaan.

“Saya berharap, dengan adanya tapak perniagaan ini para penjaja dapat bekerjasama di satu tempat dalam mencari rezeki,” kata Muhammad Allif.

Muhammad Allif berkata demikian selepas majlis cabutan undi untuk penjaja di Dewan Seri Rembau pagi tadi.

Untuk makluman 38 buah kiosk penjaja ini dibina dengan peruntukan daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.

Turut hadir, Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim dan Yang DiPertua Majlis Daerah Rembau, Encik Mohamad Najib Mustafa.

Show More

Related Articles

Back to top button