Berita

Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2022 pada 26 November

Karnival Deepavali di Seremban, Tampin dan Gemencheh

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan membentangkan Belanjawan 2022 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 November ini. Sesi perbahasan pula akan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri juga dijangka akan membentangkan empat Rang Undang-Undang (RUU) dalam persidangan tersebut.

“Selain pembentangan Belanjawan 2020, Kerajaan Negeri juga akan membentangkan RUU Undi-18, pengehadan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal, Enakmen Tanah Adat dan RUU Perbekalan,” kata Aminuddin dalam Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco pada Rabu.

Kali pertama Karnival Deepavali di tiga lokasi berbeza

Sementara itu Aminuddin turut mengumumkan Karnival Deepavali pada tahun ini akan diadakan serentak di tiga lokasi berbeza.

“Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Deepavali di Seremban, Tampin dan Gemencheh dari 25 Oktober sehingga 3 November ini.

“Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri menganjurkan Karnival Deepavali di tiga lokasi berbeza di negeri ini.

“Namun, saya menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke Karnival Deepavali mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button