Berita

Pembinaan semula jambatan Kampung Ismail bermula

AMPANGAN: Pembinaan semula jambatan Kampung Ismail yang musnah tempoh hari telah dimulakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, jambatan tersebut musnah akibat banjir yang berlaku tahun lalu.

“Usaha membina semula jambatan ini akan memastikan terdapat kemudahan asas untuk kegunaan masyarakat di kawasan ini.

“Tanpa jambatan ini, masyarakat setempat perlu melalui jalan yang sedikit jauh.

“Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada penduduk di sini,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button