BeritaProgram

PENCAPAIAN PH NS: Pelaburan RM23.51 bilion direkodkan dalam tempoh empat tahun

Pada 9 Mei 2018, empat tahun yang lepas, rakyat negara ini telah membuat keputusan menolak kerajaan BN.

Kerajaan Persekutuan dan lapan buah kerajaan negeri telah berjaya diambil alih Pakatan Harapan dengan restu rakyat negara ini.

Namun, malangnya bermula awal 2020, Kerajaan Persekutuan dan lima buah kerajaan negeri diambil alih oleh BN-PN secara khianat tanpa melalui mandat rakyat, sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku.

Namun Alhamdulillah, tiga buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masih kekal di bawah pimpinan Pakatan Harapan.

Ketiga-tiga negeri ini jelas lebih ke depan di dalam kemajuan negeri serta prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, dasar ketelusan dalam pentadbiran dan dasar menolak rasuah serta salahguna kuasa yang menjadi landasan Pakatan Harapan telah membuktikan membawa kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Jumlah pelaburan jauh lebih meningkat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.

“Jumlah pelaburan yang hanya sekitar RM1 bilion sebelum pentadbiran ini telah meningkat tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

“Dalam tempoh empat tahun (2018-2021), Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah merekodkan jumlah pelaburan RM23.51 bilion,” jelas Mohamad Rafie kepada Negeri Kita.

Untuk rekod, jumlah pelaburan setiap tahun di Negeri Sembilan yang direkodkan oleh MIDA adalah seperti berikut:

2015 – RM1.71 bilion (BN)

2016 – RM2.51 bilion (BN)

2017 – RM1.41 bilion (BN)

2018 – RM2.86 bilion (Pakatan Harapan)

2019 – RM6.96 bilion (Pakatan Harapan)

2020 – RM7.93 bilion (Pakatan Harapan)

2021 – RM5.76 bilion (Pakatan Harapan)

Menurut Mohamad Rafie lagi, peluang pekerjaan dan peluang perniagaan terbuka luas kepada rakyat Negeri Sembilan dengan peningkatan pelaburan yang ketara yang dibawa oleh pimpinan Pakatan Harapan di samping meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri Sembilan.

Peluang pekerjaan yang dapat ditawarkan adalah seperti berikut:

2018 – 3,372
2019 – 4,317
2020 – 5,823
2021 – 3,715

“Peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri membolehkan kebajikan rakyat dijaga dengan baik khususnya ketika permasalahan Covid-19 melanda negara.

“Apa yang membanggakan ialah sasaran pelaburan untuk tahun 2021 hanya RM5 bilion kerana pandemik Covid-19 telah bermula seawal tahun 2020 dan berterusan sehingga penghujung 2021.

“Namun, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan masih berjaya mencapai dan mengatasi sasaran RM5 bilion dengan jumlah pelaburan RM5.76 bilion,” ujar Mohamad Rafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan.

Show More

Related Articles

Back to top button