Aktiviti

Gunasekaren santuni empat adik-beradik yatim piatu

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni empat adik-beradik yatim piatu yang kini tinggal bersama nenek mereka.

Gunasekaren berkata, ibu mereka telah meninggal dunia pada lima tahun lepas dan bapa mereka pula meninggal dunia pada bulan lalu.

“Tiga daripada empat adik-beradik ini lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang kini sedang mencari pekerjaan.

“Kakak sulung adalah pelajar jurusan Undang-Undang, anak kedua memiliki ijazah dalam bidang pengajaran, anak ketiga lepasan Diploma Perniagaan dan anak keempat pula masih belajar di Tingkatan 5.

“Bantuan dari segi kewangan dan barang keperluan asas telah disampaikan,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada tiga adik-beradik ini agar mereka boleh hidup berdikari dan membantu adik bongsu serta neneknya.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Puan Jamilah Said Ali dan Pegawai DUN Seremban Jaya, Saudari Jothi.

Show More

Related Articles

Back to top button