Berita

Tempoh lima tahun digunakan membangun negeri, membantu masyarakat

SEREMBAN: Tempoh lima tahun yang diberikan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu dapat digunakan bagi membangunkan negeri dan membantu masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, dalam tempoh itu Kerajaan Negeri berjaya memecahkan rekod kutipan hasil tertinggi pada 2019 sebanyak RM556 juta.

“Pada tahun lepas pula, kita berjaya mencatat kutipan hasil sebanyak RM521 juta.

“Ini menunjukkan dalam tempoh lima tahun kita mampu lakukan yang terbaik.

“Dalam pada itu, pelbagai inisiatif dilakukan bagi membantu rakyat di negeri ini terutama sekali pada wabak Pandemik Covid-19 seperti sumbangan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan.

“Selain itu, bantuan rawatan kepada mereka yang memerlukan dialisis secara percuma, Biasiswa Anak Negeri, Bantuan Anak Sekolah dan banyak lagi.

“Pembangunan di setiap daerah juga meningkat dengan baik.

“Jika diberi mandat untuk tempoh lima tahun lagi, pasti perubahan lebih besar dapat dilakukan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button