Berita

Pendidikan bentuk personaliti individu: RAFIE

SEREMBAN: Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, pendidikan mampu membentuk personaliti seseorang individu.

“Hal ini supaya individu tersebut mempunyai matlamat hidup yang jelas serta mampu menjalani hidup yang cemerlang di dunia.

“Walaupun begitu, terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi dalam mendidik generasi muda hari ini.

“Oleh hal yang demikian, masyarakat perlu diberi kesedaran kepentingan berkaitan pengetahuan ekonomi supaya dapat memastikan negara bergerak ke arah kemajuan dan suasana harmoni dapat diwujudkan dalam negara ini,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata demikian di Pembentangan “Strategi & Cabaran Dalam Merealisasikan Pendidikan Bertaraf Dunia” yang bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Show More

Related Articles

Back to top button