Berita

Pengundi Melaka menetap di Negeri Sembilan digesa balik mengundi

SEREMBAN: Penduduk yang berdaftar sebagai pengundi di Negeri Melaka tetapi menetap di Negeri Sembilan; digesa balik mengundi pada 20 November ini.

Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata, tanggungjawab mengundi ini perlu kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menentukan mandat rakyat untuk tempoh lima tahun.

“Ramai pengundi yang keliru di antara PRN dengan Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Kalau PRK memang mandatnya hanya selama 18 bulan sahaja lagi sehingga PRU-15.

“Tetapi mandat PRN adalah selama lima tahun.

“Justeru, masa depan Melaka untuk tempoh lima tahun akan datang akan ditentukan pada 20 November ini.

“Sebab itu saya menggesa pengundi Melaka yang menetap, bekerja dan menuntut di Negeri Sembilan, balik ke Melaka untuk mengundi pada hari Sabtu ini,” kata Veerapan selepas mengedar risalah dari rumah ke rumah di DUN Gadek, Melaka.

Veerapan berkata, ramai pengundi yang keliru dan beranggapan mandat PRN hanya sehingga PRU-15.

Dalam pada itu, Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah meminta pengundi DUN Gadek yang menetap di DUN Repah turut balik mengundi dan memenangkan calon Pakatan Harapan, Saudara G.Saminathan.

Veerapan juga merupakan Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button