BeritaMenarik

Perkhidmatan bas Seremban-KL: Tempoh masa menunggu setiap 15 minit pada waktu puncak

SEREMBAN: Tempoh masa menunggu bagi perkhidmatan bas laluan Seremban – Kuala Lumpur hanyalah 15 minit pada waktu puncak dari 5.00 pagi hingga 7.30 pagi dan 4.30 petang hingga 8.30 malam di Terminal 1 Seremban.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB J.Arul Kumar berkata, bas ekspres daripada Seremban ke Kuala Lumpur masih menjadi pilihan ramai penduduk sekitar Seremban terutamanya yang berkerja di Lembah Klang.

“Aduan yang diterima sebelum ini adalah berkaitan tempoh masa menunggu yang lama disebabkan hanya satu operator sahaja menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Seremban ke Kuala Lumpur.

“Untuk mengatasi masalah ini, APAD telah melantik dua lagi operator untuk menyediakan perkhidmatan bas ekspress dari Seremban ke Kuala Lumpur. Kini perkhidmatan bas ekspress dari Seremban ke Kuala Lumpur mempunyai tiga operator dengan 15 bas.

“Dengan adanya 3 operator tersebut masa menunggu waktu puncak 15 minit. Manakala untuk waktu luar puncak adalah 30 minit.

“Ini akan menyelesaikan masalah tempoh masa menunggu yang lama,” kata Arul Kumar.

Menurut Arul Kumar, sebelum PKP bilangan pengguna bas ekspress untuk laluan Seremban ke Kuala Lumpur adalah 2,000 orang setiap hari dan kini hanya dalam 650 orang sahaja setiap hari.

“Tetapi dengan menyediakan perkhidmatan bas ekspres yang lebih baik, dijangka bilangan ini akan meningkat pada masa akan datang.

“Saya juga akan mengikuti pelaksanaan perkhidmatan bas ekspress ini secara berterusan agar ia dapat dilaksanakan seperti mana yanh dirancang,” ujar Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button