BeritaMenarik

MARA Liner sedia perkhidmatan bas Port Dickson – Bukit Pelandok

SRI TANJUNG: Syarikat bas MARA Liner telah membuka laluan baharu perkhidmatan bas menghubungkan bandar Port Dickson ke Bukit Pelandok, Chuah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dr.Rajasekaran Gunnasekaran berkata, perkhidmatan bas ini akan memudahkan penduduk Bukit Pelandok dan Chuah untuk pergi ke bandar Port Dickson melibatkan pelbagai urusan rasmi dan membeli belah.

Jadual laluan bas adalah seperti berikut:

1) Bukit Pelandok ke Terminal Bas Port Dickson
• 8.00 pagi
• 2.00 petang

2) Terminal Bas Port Dickson ke Bukit Pelandok
• 10.15 pagi
• 3.15 petang

“Harga tiket yang ditawarkan untuk kedua-dua laluan ini hanya RM3.30 sahaja,” kata Rajasekaran.

Show More

Related Articles

Back to top button