Berita
Permohonan Rumah Harapan Rakyat kini dibuka
SEREMBAN: Rumah Harapan Rakyat (RHR) kini telah dibuka bagi permohonan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah bernilai RM85,000 di atas tanah sendiri.
“Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), menawarkan subsidi berjumlah RM10,000 di samping pembiayaan pinjaman tanpa faedah berjumlah Rm75,000 selama 25 tahun.
“Borang serta maklumat lanjut boleh di dapati melalui laman sesawang www.pknns.gov.my,” kata Aminuddin.