BeritaProgram

Permohonan Rumah Harapan Rakyat kini dibuka

Permohonan Rumah Harapan Rakyat 2022 telah dibuka dari 15 Februari hingga 30 April 2022.

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021.

Untuk makluman, program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.

Bagi tahun 2022, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM78,000, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM70,000 sahaja.

Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).

Harga Seunit – RM78,000.00

Pinjaman Pembiayaan – RM70,000.00

Bayaran Deposit 5% – RM3,500.00

Bayaran Balik – RM222.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)

Pemohon boleh memuat turun iklan, nota maklumat dan borang permohonan di pautan berikut:

https://www.pknns.gov.my/…/permohonan-program-rumah…

Show More

Related Articles

Back to top button