BeritaProgram

Permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan telah dibuka

Tarikh tutup permohonan TUNS pada 30 Ogos 2021

SEREMBAN: Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) telah dibuka jam 9.00 pagi hari ini untuk permohonan dan akan berakhir pada jam 5.00 petang, 30 Ogos 2021.

Exco Keusahawanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, TUNS adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu usahawan mikro anak Negeri Sembilan dengan geran bantuan maksima RM3,000.

“Pembukaan permohonan TUNS pada bulan Ogos 2021 ini bakal memberi peluang kepada 600 usahawan mikro, yang membabitkan peruntukan sekitar RM1.8 juta.

“Adalah diharapkan pemohon memahami sepenuhnya prosedur permohonan dan melengkapi maklumat serta melampirkan kesemua dokumen yang dikehendaki,” jelas Mohamad Rafie.

Permohonan TUNS boleh dibuat dengan klik pautan/link berikut: https://tuns.my/2021/

1,200 usahawan mikro bakal dapat manfaat dari TUNS dan TUNS Plus

Menurut Mohamad Rafie, inisiatif TUNS bermula pada tahun 2019 di mana sebanyak RM3 juta diperuntukkan dan telah memberi manfaat kepada 1,046 usahawan. Pada tahun 2020, jumlah geran dana telah dipertingkatkan kepada RM6 juta yang memberi manfaat kepada 2,023 usahawan.

Untuk tahun 2021, keseluruhannya sebanyak RM6 juta dana geran diperuntukkan kepada usahawan mikro di mana RM3 juta diperuntukan kepada TUNS yang memberi faedah kepada 1,000 usahawan mikro dan tambahan 200 usahawan mikro lagi akan dibantu di bawah skim yang baru diperkenalkan iaitu TUNS Plus dengan jumlah dana peruntukan sebanyak RM3 juta.

“TUNS Plus adalah pinjaman mudah tanpa faedah sebanyak maksima sehingga RM15,000 dengan bayaran balik maksima selama 5 tahun (60 bulan).

“72 usahawan mikro yang berjaya dalam permohonan TUNS Plus pusingan pertama, bakal menerima dana di dalam akaun masing-masing setelah mereka menandatangani perjanjian persetujuan pematuhan syarat pada 11 Ogos ini,” kata Mohamad Rafie yang juga ADUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, pembukaan TUNS Plus pusingan kedua dibuka 25 Jun sehingga 25 Julai 2021 dan sebanyak 593 permohonan baru akan diproses oleh Jawatankuasa Teknikal TUNS Plus dan bakal diputuskan oleh Jawatankuasa Kelulusan TUNS Plus dalam tempoh terdekat ini.

Show More

Related Articles

Back to top button