Berita

Permohonan TUNS Plus dibuka 3 April ini

Berita baik kepada usahawan mikro Negeri Sembilan, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan kembali membuka permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS Plus) pada 3 April ini.

TUNS Plus merupakan pinjaman mudah tanpa faedah yang berjumlah sehingga RM15,000 yang menyasarkan usahawan mikro di negeri ini.

Berikut merupakan syarat asas permohonan:

a) Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan atau pengundi di Negeri Sembilan

b) Pendaftaran perniagaan di SSM Sebelum 1 April 2022

c) Berstatus mikro yang mencatatkan jualan kurang daripada RM300,000 setahun

d) Berumur di antara 21-55 tahun

f) Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan

g) Beroperasi di premis/tapak perniagaan dan mempunyai lesen/permit PBT

h) Akaun perniagaan yang sah dan aktif sekurang-kurangnya enam bulan

i) Tidak berstatus muflis

Show More

Related Articles

Back to top button