Menarik

Persatuan Tachi Qong 18 Gaya Jelebu terima sumbangan kewangan dari Bakri

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB Dato’ Ir.Bakri Sawir bersama Ahli Persatuan Tachi Qong 18 Gaya Jelebu telah mengadakan aktiviti senaman Taichi.

YB Dato Haji Bakri berkata, beliau amat berbesar hati menerima jemputan untuk hadir menjayakan aktiviti bulanan bersama masyarakat Tionghua di daerah Jelebu khasnya DUN Klawang.

“Tujuan utama program ini diadakan bagi mengamalkan gaya hidup sihat di samping mendekati masyarakat Tionghua DUN Klawang dan sedikit sebanyak dapat mengetahui perkembangan politik mereka.

“Saya sentiasa memberikan perhatian kepada masyarakat Tionghua.

“Justeru, saya menyerahkan sumbangan kewangan kepada persatuan ini untuk kegunaan aktiviti mereka,” kata Bakri.

Ahli Majlis Daerah Jelebu (Zon Kuala Klawang), Encik Lim Poh Jern yang turut hadir berkata, masyarakat Tionghua di sini amat menghargai segala usaha yang dijalankan oleh Bakri dan Kerajaan Negeri.

“Oleh itu saya dan masyarakat Tionghua sentiasa memberi sokongan kepada YB Bakri dan Kerajaan Negeri dengan sebaiknya,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button