Aktiviti

Tabika Perpaduan Kampung Tanah Panjis terima sumbangan kewangan dari Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyerahkan sumbangan kewangan kepada Tabika Perpaduan Kampung Tanah Panjis.

“Sumbangan ini bagi mengurangkan kos perbelanjaan melukis mural di bangunan tabika ini.

“Saya menyerahkan sumbangan ini kepada Cikgu Siti Hadijah Isa yang mewakili pengurusan tabika ini,”kata Musliadi.

Sementara itu seorang pelajar cemerlang SPM tahun 2021, Adik Soothi Nathan Arrulkadaksham menerima sumbangan kewangan dari Musliadi.

“Semoga sumbangan ini dapat menaikkan semangat para pelajar untuk terus menimba ilmu bagi melahirkan generasi muda yang berilmu dan berpengetahuan.

“Semoga Adik Soothi Nathan berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi nanti,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button