Berita

Pertubuhan Raban Indu Borneo terima sumbangan RM1,000 daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban (PRAISE).

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pertubuhan itu menjalankan program mereka.

“Mereka akan mengadakan Program Tamu Dayak Seremban dan Sambutan Ngiling Bidai Gawai.

“Program tersebut akan diadakan di Jalan Medan Rahang pada 18 Jun ini.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu melancarkan program tersebut,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button