BeritaMenarik

Negeri Sembilan lahirkan 5,717 usahawan kecil sejak 2019

Jumlah pembiayaan RM16.7 juta

NILAI: Kerajaan Negeri Sembilan telah melahirkan 5,717 usahawan kecil melalui insiatif Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, TUNS yang diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) diperkenalkan khusus untuk usahawan di Negeri Sembilan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Tabung ini diwujudkan bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada usahawan di Negeri Sembilan sehingga RM3,000 setiap usahawan untuk membeli bahan mentah serta peralatan, menambah modal kerja dan juga melaksanakan kerja promosi dan penjenamaan produk mereka.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, sehingga kini, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 5,717 permohonan dengan jumlah pembiayaan keseluruhan RM16.7 juta.

“Atas sambutan yang sangat menggalakkan, Kerajaan Negeri seterusnya memperkenalkan TUNS Plus yang berkonsepkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM15,000.

“Dari tahun 2021, seramai 621 orang penerima telah mendapat manfaat daripada inisiatif ini dengan nilai peruntukan sebanyak lebih RM9 juta,” jelas Aminuddin di Majlis Perasmian NS Fest di Dataran Nilai pada Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button