Berita

NS Fest sasar 500,000 pengunjung

NILAI: Kerajaan Negeri Sembilan mensasarkan 500,000 pengunjung di NS Fest 2023 dari 22 hingga 25 Jun di Dataran Nilai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, festival ini merupakan gabungan tiga program tahunan utama negeri iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan, Bulan Usahawan Negeri Sembilan yang lebih dikenali sebagai Arena Usahawan dan Negeri Sembilan Food Fest.

“Buat julung kalinya, tiga (3) Kementerian telah sudi berganding bahu dengan Kerajaan Negeri untuk memeriahkan lagi NS Fest pada tahun ini. Kerajaan Negeri sangat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN), serta Kementerian Pembangunan Desa & Wilayah (KKDW) atas kerjasama ini.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama hebat daripada KUSKOP, KKDW dan KPDN, akan membawakan bersama Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Madani 2023 peringkat Negeri Sembilan (PJUKM), di samping Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) Peringkat Negeri Sembilan di bawah seliaan KKDW serta Program Jualan Rahmah di bawah kendalian KPDN yang menjanjikan harga mampu milik dan jauh lebih murah daripada harga pasaran semasa,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian NS Fest di Dataran Nilai pada Khamis dekat sini.

Show More

Related Articles

Back to top button