BeritaMenarik

PH dan BN akan pastikan kemenangan dalam PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersetuju untuk memastikan kemenangan gabungan parti kerajaan perpaduan dalam PRN Negeri Sembilan yang dijangka akan diadakan pada pertengahan Ogos ini.

Dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha PH Negeri Sembilan, YB Cha Kee Chin dan Setiausaha BN Negeri Sembilan, YBhg Dato’ Hasim Rusdi hari ini; PH Negeri Sembilan dan BN Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa bersama kali pertama pada 19 Jun 2023 lalu.

“Kedua-dua gabungan bersetuju membentuk jentera pilihan raya peringkat DUN secara bersama.

“Kedua-dua gabungan akan melantik penyelaras di setiap DUN untuk memudahkan kesiapsiagaan jentera bersama.

“Kedua-dua gabungan memberikan komitmen secara menyeluruh jentera semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk memaksimakan kekuatan di kesemua 36 kerusi.

“Kesiapsiagaan di semua peringkat ke arah mendapatkan restu sokongan dan mandat pengundi Negeri Sembilan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” kata Cha dan Hasim.

Jawatankuasa Kerja Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan menghadapi PRN-15 telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 19 Jun 2023 lalu.
Show More

Related Articles

Back to top button