Berita

PH dan BN gabungan terbaik untuk Negeri Sembilan

SEREMBAN: Bagi meneruskan agenda madani di Negeri Sembilan selaras dengan kerajaan perpaduan di peringkat pusat, sokongan dan dokongan anda semua pihak diperlukan,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Tempoh pemerintahan kita tinggal kurang dua minggu, Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 1 Julai.

“Kita jangkakan pilihanraya pertengahan Ogos dan sekiranya rakyat kekal menyokong dan memilih kita dalam PRN ini, rakyat akan dapat satu kerajaan perpaduan, gabungan ADUN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang lebih kukuh, kuat dan berintegriti untuk meneruskan perancangan membangunkan dan mentadbir negeri dengan lebih cemerlang di masa depan.

“Di Negeri Sembilan gabungan PH dan BN bergerak kepada politik baru yang lebih progresif dalam membangun dan memajukan negeri ini.

“Selaras dengan slogan bersih, muafakat dan sejahtera, pentadbiran ‘madani’ yang menekankan aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan akan menjadikan rakyat negeri ini hidup berkualiti dan sejahtera.

“Kita yakin gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional adalah gabungan terbaik untuk negeri yang terbaik.

“Buktikan tanda menghargai dan sayang kepada negeri ini dengan berusaha memastikan kita kekal mendapat mandat rakyat untuk mentadbir negeri ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Malaysia Madani Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button