Berita
Pesakit ‘minor strok’ terima sumbangan kewangan dari Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Tambi telah memberikan sumbangan kewangan kepada Puan Nohalizatun Abur Bakar di Kampung Bakar Rokan.
Abd Latif berkata, Puan Norhalizatun merupakan pesakit ‘minor strok’ yang menjejaskan pergerakan beliau.
“Sumbangan bakul makanan dan lampin pakai buang turut diberikan kepada beliau.
“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban beliau,” kata Abd Latif.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Batang Rokan, Encik Malek.