Berita
Pesakit strok terima sumbangan barangan dapur daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan barangan dapur kepada Puan Mariam Yaakub di Taman Seremban Jaya Fasa 2.
Gunasekaren berkata, Puan Mariam telah mengidap strok sebelah kanan sejak setahun lalu dan hanya terlantar di atas katil.
“Beliau kini dijaga sepenuhnya oleh anak beliau.
“Beliau dan keluarganya kini hanya bergantung kepada hasil duit pencen suami.
“Oleh itu sumbangan ini diberikan bagi membantu meringankan beban beliau,” kata Gunasekaren.