Faez sumbang RM28,600 kepada 143 warga emas sempena Deepavali

LABU: Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Warga Emas Kaum India DUN Labu yang diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Desa Cempaka.
“Seramai 143 penerima telah menerima bantuan warga emas sebanyak RM200 seorang.
“Diharapkan sumbangan kewangan ini memberikan keceriaan kepada 143 warga emas ini menjelang sambutan Deepavali tidak lama lagi.
“Manakala sembilan pelajar turut menerima Bantuan IPT sebagai sokongan kepada anak-anak DUN Labu yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
“Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Pejabat Penyelaras DUN Labu dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian, tanpa mengira latar belakang kaum dan usia.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima dan menyuntik semangat untuk terus maju ke hadapan,” kata Ahmad Faez.




