Menarik
Pesara polis disantuni Aminuddin
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni bekas anggota polis di Dewan Orang Ramai Gedung Lalang 50, Ampangan.
Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat kebajikan bekas anggota polis melalui kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
“Besarlah harapan saya agar persatuan ini terus aktif dalam menjaga kebajikan ahli mereka,” kata Aminuddin di Majlis Penutup Mesyuarat Agong Tahunan Negeri Kali ke-45 Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Foto: Nabil Syafiq