Pesta Bola Ngoca terima sambutan menggalakkan
KUALA PILAH: Program Pesta Bola Ngoca 2022 telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada dalam dan luar negeri.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bola sepak sawah telah menerima sebanyak 302 buah penyertaan yang terdiri daripada 15 pasukan bola sepak sawah lelaki dan 144 pasukan bola sepak sawah wanita.
“Pasukan bola sepak sawah ini juga bukan sahaja terdiri daripada rakyat negeri ini, malahan terdapat penyertaan daripada Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah dan Kelantan.
“Tahun ini juga buat julung-julung kalinya kita menerima penyertaan daripada pasukan luar negara iaitu pasukan bola sepak sawah daripada Kedutaan Bangladesh.
“Oleh kerana penganjuran yang diterima kali ini sangat baik, saya berbesar hati untuk menaikkan kadar hadiah juara daripada RM10,000 kepada RM15,000 bagi lelaki dan RM8,000 bagi wanita,” kata Aminuddin.
Aminuddin turut tambah bahawa tapak stadium bola ngoca tersebut juga akan dinaik taraf pada tahun hadapan.
“Kerajaan Negeri bersetuju untuk meluluskan peruntukan tambahan bagi menaiktaraf kemudahan serta membina pencahayaan di tapak ini yang berjumlah RM550,000.
“Semoga naik taraf tersebut dapat membuka peluang pelbagai pihak untuk menganjurkan program berskala besar di takapk ini,”ujar Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Bola Ngoca 2022.
Foto: Nabil Syafik