Berita

PH GEM: Kelas membuat Brownies dan Cheese Tart dapat sambutan

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Abdul Rahman Ramli merasmikan Program Moh Ke dapur ‘Kelas Membuat Brownies Dan Cheese Tart’ di bawah inisiatif Power House Wanita Gemilang (PH GEM).

Abd Rahman berkata, PH GEM sangat menggalakkan golongan wanita menyertai program kursus peningkatan kemahiran sebegini yang dapat membantu mereka menjana pendapatan semasa pandemik Covid-19 ini.

“Saya yakin dengan keupayaan wanita kerana mereka dijadikan untuk membantu dan menegakkan insitusi keluarga.

“Mereka juga permata yang perlu digilap untuk kemajuan negara,” kata Abdul Rahman.

Program ini telah di anjurkan oleh MPKK Kampung Gajah Mati di Balai Raya Kampung Gajah Mati.

Abdul Rahman menyampaikan sijil penyertaan kepada kesemua 26 peserta.

Turut bersama, Penghulu, Encik Mohd Shahrudin Abd Aziz; Penyelia PH GEM Jempol, Puan Lily Tai dan Pengerusi MPKK Kampung Gajah Mati serta Ladang Geddes.

Show More

Related Articles

Back to top button