Berita

Pencemaran air dikesan di Kampung Bemban Hilir

LINGGI: Terdapat aduan bahawa longkang awam di Kampung Bemban Hilir telah dicemari dengan cecair berwarna hitam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, cecair tersebut dikesan apabila terdapat aduan oleh orang awam.

“Oleh itu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Badan Kawal Selia Air (BKSA) dan beberapa unit uniform telah menjalankan siasatan terhadap aduan ini.

“Tindakan pantas oleh agensi berkaitan telah berjaya menghalang cecair berwarna hitam tersebut daripada memasuki Sungai Linggi yang berpotensi menjejaskan operasi Loji Rawatan Air Linggi.

“Proses persampelan telahpun dijalankan bagi menjalankan siasatan dan tindakan perundangan.

“Walau bagaimanapun, sehingga jam 8 pagi tadi, LRA Linggi masih beroperasi pada kapasiti 100 peratus.

“Hukuman yang setimpal akan diberikan apabila siasatan telah selesai dengan bukti yang ada.

“Hal ini kerana ia mampu untuk menjejaskan lebih 40,000 akaun pengguna di sini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button