Berita

85 penternak kupang terjejas terima bantuan RM34,500

PASIR PANJANG: Seramai 85 penternak kupang yang merupakan ahli persatuan nelayan Kawasan Telok Kemang dibantu oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Pejabat Pusat Khidmat Parlimen port Dickson.

Ahli Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, bantuan ini adalah sebagai usaha meringankan beban para penternak kupang yang terjejas kerana pengeluaran kupang terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

“Hal ini adalah kerana terdapat biotoksin yang berbahaya yang menjadikan kupang tidak selamat dimakan buat sementara waktu.

“Bantuan kewangan yang diberikan ini juga adalah sebagai usaha supaya pengusaha-pengusaha kupang di Port Dickson terus dibela.

“Bagi sisi Kerajaan Negeri pula, kami bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan sentiasa berusaha untuk membantu meringankan beban yang ditanggung golongan nelayan,” kata Aminuddin yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Aminuddin turut tambah, bahawa kerjasama Kerajaan Negeri bersama LKIM akan memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan yang meliputi nelayan dan penternak akuakultur.

“Hal ini kerana para nelayan merupakan pihak yang berkepentingan utama dalam ekosistem makanan negara.

“kita juga tidak boleh memandang ringan usaha para nelayan yang sentiasa memastikan bekalan sumber protein rakyat dapat dipenuhi,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button