Berita

152 siswazah cemerlang terima penghargaan daripada Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Seramai 152 siswazah cemerlang kelas pertama telah menerima penghargaan daripada Kerajaan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, setiap pelajar menerima sumbangan sebanyak RM5,000 sebagai galakkan kepada mereka.

“Ini adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri sentiasa menghargai dan mengiktiraf budaya kecemerlangan, kesungguhan dan kerajinan siswazah kelahiran Negeri Sembilan dalam bidang akademik.

“Para siswazah juga perlu terus menjadi kompetitif bagi mewujudkan persaingan yang sihat dalam membuktikan keupayaan diri masing-masing.

“Seterusnya, menjadi ‘role model’ dan mentor yang terbaik kepada masyarakat khususnya adik-adik di bawah yang sangat dahagakan teladan kejayaan yang hampir dengan mereka,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Siri Ke-2 di Klana Resort, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button