BeritaMenarik

Sandvik buka kilang ‘Load and Haul’ di Bandar Sri Sendayan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun merasmikan syarikat pembuatan kenderaan galian dan perlombongan dengan teknologi canggih, Sandvik Equipment di Sendayan Techvalley, Seremban.

Aminuddin berkata, Sandvik Equipment merupakan sebuah syarikat internasional yang ditubuhkan sejak tahun 1862 dan merupakan syarikat pertama dalam dunia yang berjaya menghasilkan logam berskala industri dengan menggunakan kaedah Bessemer.

“Sandvik Equipment Sdn Bhd merupakan syarikat yang pertama di Negeri Sembilan yang menawarkan kerja-kerja perkhidmatan galian dan perlombongan dengan teknologi yang lebih canggih.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak Sandvik Equipment kerana sudi menjadikan Negeri Sembilan sebagai salah satu destinasi pelaburan syarikat mereka.

“Saya yakin dengan pelaburan ini bakal memberi impak yang signifikan kepada pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan dan semestinya membuka ruang pekerjaan tenaga mahir kepada golongan belia di Negeri Sembilan.

“Saya juga sempat beramah mesra dengan kakitangan Sandvik yang terdiri dari anak-anak tempatan yang telah bekerja di kilang ini dengan menggunakan kelulusan Sijil Kemahiran TVET.

“Sandvik akan membuka lebih 300 peluang pekerjaan pada masa akan datang terutamanya bagi pekerja mahir (TVET),” kata Aminuddin.

Turut hadir, Presiden Sandvik Mining and Rock Solution, Mats Eriksson; Duta Besar Sweden ke Malaysia, H.E Dr. Joachim Bergstrom dan Duta Besar Finland ke Brunei dan Malaysia, H.E Mr. Sami Leino.

 

Show More

Related Articles

Back to top button