BeritaMenarik

Aminuddin sokong Anwar jumpa Hamas

SEREMBAN: Pertemuan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar mendapat sokongan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, ini ialah kerana adalah penting untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.

“Walaupun kita maklum ada bantahan atau ketidakpuashatian daripada beberapa negara seperti Amerika Syarikat, tetapi dalam konteks negara berdemokrasi, kita haruslah mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak Hamas sendiri berkenaan apa yang berlaku di Palestin.

“Bagaimana pembunuhan anak-anak dan wanita yang berlaku itu, supaya dapat gambaran yang sebenar.

“Sebagai pemimpin, apabila bercakap biarlah berfakta.

“Ini satu perkara yang baik untuk Perdana Menteri supaya boleh menyampaikan sendiri hasrat beliau (kepada Hamas) dan pada masa yang sama tidak bergantung kepada laporan pihak ketiga,” jelas Aminuddin.

Anwar sebelum ini telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Ismail Haniyeh yang berlangsung lebih sejam ketika lawatan rasmi selama tiga hari ke Qatar.

Show More

Related Articles

Back to top button