Berita

Aminuddin tak mahu MyKiosk dibiarkan terlalu lama

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun tidak mahu kemudahan gerai MyKiosk dibiarkan dalam keadaan terlalu lama untuk diserahkan kepada peniaga.

Aminuddin berkata, kemudahan yang telah diberikan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu diberi segera kepada peniaga.

“Saya meminta supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya selepas ini apabila MyKiosk ini telah sampai, terus serahkan kepada peniaga.

“Jangan tunggu besok dah berkarat baru diberi kepada peniaga.

“Saya faham proses lama kerana kita nak mengenal pasti peniaga yang memerlukannya.

“Tapi mana yang kita dah kenal dan memerlukan gerai ini, serahkan sahajalah terus kepada mereka.

“Saya juga mahu supaya ada pemantauan yang dilakukan kepada penerima gerai ini supaya kita tidak mahu esok sekiranya peniaga tersebut tidak berniaga selama tiga bulan, kita biarkan.

“Syarat semua dah ada, siapa yang tidak berniaga selama tujuh hari itu kita boleh ambil semula (MyKiosk).

“Tetapi sekiranya ada peniaga yang tidak berniaga selama setengah bulan, ada pihak berkuasa hubungi mengenal pasti punca tidak berniaga sebelum tindakan diambil,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pelancaran MyKiosk di Jalan Dato’ Sheikh Murtadza, Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button